SIAPA SAYA

Bekerjaya Dari Rumah 100% Secara Online:

Penulis Blog : 
Panduan Untuk Kediaman Idaman

Koluminis/Penulis Majalah Tetap Majalah Era Muslimah Tahun 2014:
Kolum Kediaman Idaman 



Guru Online :
a)Kelas Asas Blog dan Penulisan Online Kelas Asas Blog dan Fan page Online bersama Akademi Bekerja Di rumah Tahun 2014
b)Kelas Belajar Sketchup Online
c)Kelas Belajar Bina Blog Bernyawa (Penjenamaan)


Penasihat, Trainer & Speaker:
Bengkel Branding 2014 (penjenamaan diri dan perkhidmatan)
Bina Asas Blog 2014 (berpengaruh dengan blog)
Senibina Kehidupan Bekerja Di Rumah




Pengasas Perkhidmatan Rekabentuk 3D Online untuk:
Kediaman
Premis/Kedai/Pejabat
Hiasan Dalaman
Landskap
Grafik

Penulis Ebook:
i-Ebook Panduan Kediaman Pertamaku
ii-Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri Dan Perniagaan
iii-Ebook Tips Ibu Boleh Bekerja Dan Berkarya dari Rumah
iv-Ebook Suri Profesional : Tips Dan Panduan Sepenuh Masa Di Rumah
v- Diari Ibu 2015 (Mom's Planner)


Penulis 5 Siri Pengembaraan untuk Buku Interaktif Kanak-Kanak bersama bukuu.com.my yang boleh di download di Google Play
Pemilik Bisnes Online
Penasihat Insurans : Prudential BSN Takaful
Pemilik Homestay: ZAH Homestay
Pemilik Butik: Koleksi My Muslimah
Pemilik Kedai Online : Tupperware Online4U


Pernah Tersiar di Media Tempatan:

MAJALAH

Majalah IMPIANA, Tahun 2011:
Tentang Kediaman Hasil Sentuhan Tangan Sendiri

Majalah Mingguan Wanita, Tahun 2013:
Tentang Hiasan Minimalis Di Kediaman

Majalah MIDI, Tahun 2013:
Tentang Dekorasi Kediaman

Majalah Era Muslimah, Tahun 2014:
Tentang Berhenti Kerja Demi Anak

Majalah Nur, Tahun 2014:
Tentang Bisnes Onlline : Arkitek Maya




TV

Rancangan Safiyya, TV9:
Arkitek Graduan : Perkhidmatan rekabentuk 3d secara online

Rancangan Malaysia Hari Ini , (MHI) TV3:
Perkongsian Tentang Bisnes Homestay




SURAT KHABAR

Berita Harian Metro:
Kali pertama: Perkongsian Artikel Tentang Ubahsuai Kediaman
Kali kedua: Perkongsian Tentang Kediaman selamat Untuk Kanak-Kanak





RINGKASANNYA...
Lahir pada 3 feb 1984. Memperoleh Ijazah sarjana senibina (architecture) dari UTM, Skudai. Pernah berkhidmat sebagai arkitek rekabentuk dan arkitek projek di agensi swasta dan kerajaan. Pada tahun 2012, memilih untuk berkarya dari rumah sambil menguruskan rumah dan anak-anak dengan tangan sendiri. Kini Berkarya dari rumah sepenuh masa sebagai perekabentuk dan penasihat kediaman secara online dan menulis artikel tentang kediaman di blog, ebook, majalah tempatan, dan suratkhabar. Aktif membuat perkongsian tentang kehidupan di rumah, rekabentuk kediaman dan aktiviti kekeluargaan terutamanya berkaitan dengan anak-anak secara menulis di blog, majalah, surat kahbar, membuat seminar, pembelajaran secara online serta bengkel-bengkel khas di merata negeri.
Gembira untuk melibatkan diri dalam menghasilkan ebook-ebook rujukan dan panduan untuk kediaman dan untuk suri rumah. Juga melibatkan diri dalam menghasilkan buku cerita interaktif kanak-kanak bagi menggalakan anak-anak seronok membaca dan menerima tauladan yang baik ketika menggunakan gadget berteknologi masa kini.
Mempunyai impian besar untuk mempengaruh ibu-ibu muda dan moden untuk mempunyai semangat yang kuat bagi menjadi institusi pendidikan dan spiritual kepada anak-anak dan membina kehidupan di rumah yang baik bagi membina semula generasi ummah yang gemilang untuk generasi akan datang yang bermula dari rumah.
REZEKI ALLAH MAHA LUAS
BLOG ADALAH SALAH SATU PINTU REZEKI YANG KITA BUKA DI HIGHWAY ALAM MAYA
MARI SAYA TUNJUKAN CARA BINA BLOG